Selepas 4 Bulan Kahwin Akhirnya Haniz Zalikha Bawa Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia
https://test123je.blogspot.com/2015/12/selepas-4-bulan-kahwin-akhirnya-haniz.html

“2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha. Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama-sama isteri saya. Dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini, saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan,” jelas Hairul di Instagram.
Perkara tersebut pastinya mendapat reaksi positif daripada pengikutnya yang sudah pun mencecah 1.3 juta orang selain dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada mereka.
Hanis dan juga suaminya kini sedang mengerjakan umrah dan juga bulan madu bersama. Semoga segala perjalanan dan juga perancangan pasangan ini akan sentiasa dipermudahkan.(rtky/s)


