Kuala Lumpur, 16 Dis - Tamatnya Gegar Vaganza 2 menyaksikan
penyanyi, Siti Nordiana, menewaskan lima peserta lain iaitu, Faradhiya,
Nassier Wahab, Haiza, Acong Sweet Child dan Ezad Lazim sekaligus membawa
pulang wang tunai sebanyak RM100,000, pakej percutian, trofi dan
peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.
Namun belum lagi kehangatan Gegar Vaganza 2 habis, kini timbul pula
ura-ura yang mengatakan senarai peserta Gegar Vaganza 3 yang dikatakan
sudah terbocor.
Senarai-senarai ini menjadi bualan peminat-peminat di laman media sosial dan juga forum hiburan, Cari.
Antara nama-nama yang disebut adalah :
1.) Zarul Umbrella
2.) Maya Matahari
3.) Bandi Amuk
4.) Zamani
5.) Tomok
6.) Misha Omar
7.) Zur Eda
8.) Francesca Peter
9.) Amelina
10.) Joey
11.) Toki
12.) Syura
Namun, tidak pasti sama ada benar atau tidak senarai yang tersebar ni. Tapi adakah anda bersetuju dengannya?