Akhirnya Nurul Dedahkan Ajai Punca Sebenar Buat Anaknya Murung Dan Gagal Dalam Pelajaran!

Siapa sangka, di sebalik kecemerlangan anaknya mendapat keputusan yang terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 9A, Nurul Wahab menyatakan bahawa pelajaran anaknya itu pernah merosot ketika rumahtangga yang dibina bersama Ajai menuju kehancuran pada 2007.

“Saya akui keluarga yang bercerai sedikit sebanyak memberi kesan kepada anak, begitu juga Ayu yang mana sekitar dua tahun perpisahan kami pelajarannya terjejas teruk”
“Bagaimanapun, saya dan Ajai cari punca dan jalan untuk dia kembali fokus dengan pelajaran sehingga dia kembali semula seperti biasa,” jelasnya kepada mStar Online.

Nourul berkahwin dengan Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007. Nurul pula melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.
Tambah Nurul, anaknya Ayu Nadirah merupakan seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan sehingga kadang-kala membuatkannya menjadi risau. Sedar perkara tersebut, dia tidak terlalu memberi tekanan kepada anaknya untuk mendapatkan keputusan cemerlang, sebaliknya menyokong apa terbaik yang mampu dilakukan.

Post a Comment

emo-but-icon

item