Lama Berdiam Akhirnya Pengantin Perempuan Tampil Memberi PENJELASAN SEBENAR Tentang Isu Bertumbuk Dan Status Terbarunya
https://test123je.blogspot.com/2016/04/lama-berdiam-akhirnya-pengantin.html
Setelah Lama Berdiam Diri... Pengantin Perempuan Tampil Memberi PENJELASAN SEBENAR Tentang Isu Bertumbuk Sebelum Akad Nikah Setelah Pengarah JAIS Campur Tangan Yang Membuatkan Pengantin Perempuan Sentap!!!
Ini Respon Wakil Pengantin Perempuan Tentang Isu Bertumbuk Sebelum Akad Nikah
MEMALUKAN! Itu yang dapat disimpulkan selepas sebuah video memaparkan pergaduhan di antara dua keluarga bakal pengantin menjadi viral di media sosial, hari ini.
Memetik laporan sebuah akhbar, insiden dipercayai tercetus apabila bakal pengantin lelaki ditumbuk selepas dia mahu beredar dari Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Sabtu lalu apabila mangsa tidak dibenar meneruskan majlis akad nikah gara-gara wang hantaran sebanyak RM15,000 tidak cukup.
Lelaki tersebut yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berpendapatan RM1,500 sebulan sebelum ini dikatakan telah setuju dengan jumlah wang hantaran RM15,000 yang ditetapkan keluarga perempuan ketika majlis merisik, Januari lalu.
Ini Respon Wakil Pengantin Perempuan Tentang Isu Bertumbuk Sebelum Akad Nikah
MEMALUKAN! Itu yang dapat disimpulkan selepas sebuah video memaparkan pergaduhan di antara dua keluarga bakal pengantin menjadi viral di media sosial, hari ini.
Memetik laporan sebuah akhbar, insiden dipercayai tercetus apabila bakal pengantin lelaki ditumbuk selepas dia mahu beredar dari Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Sabtu lalu apabila mangsa tidak dibenar meneruskan majlis akad nikah gara-gara wang hantaran sebanyak RM15,000 tidak cukup.
Lelaki tersebut yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berpendapatan RM1,500 sebulan sebelum ini dikatakan telah setuju dengan jumlah wang hantaran RM15,000 yang ditetapkan keluarga perempuan ketika majlis merisik, Januari lalu.
“Ketika merisik pihak lelaki minta untuk bayar RM7,500 sebagai wang hantaran namun pihak perempuan minta RM15,000.
“Pengantin lelaki yang setuju dengan jumlah itu namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak
RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” kata satu sumber.
Menurut sumber itu lagi, pengantin lelaki sudah pun membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan berlangsung, namun akibat kegagalan menyerahkan baki RM5,000 keluarga pengantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan.
“Tidak setuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluarganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” katanya lagi.
Pengawal keselamatan berusia 27 tahun itu dikatakan sudah bercinta dengan bakal pengantin perempuan, 21, sejak tiga lalu.
Seperti yang disaksikan dalam rakaman video, keadaan di pekarangan masjid menjadi kecoh apabila berlaku kejadian maki hamun dan pergelutan antara kedua-dua ahli keluarga pengantin.
Keadaan hanya kian reda selepas seseorang dipercayai wakil masjid menggunakan pembesar suara menegur mereka semua berkali-kali supaya berhenti bergaduh. Antara katanya, “masjid bukan tempat bergaduh, tolonglah bertaubat..!” – MYNEWSHUB.CC
Rentetan Kes Hantaran 15K..Akhirnya Pengarah JAIS Campur Tangan Buat Semua SENTAP !!!
Rentetan Kes Hantaran 15K..Akhirnya Pengarah JAIS Campur Tangan Buat Semua SENTAP !!! Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengingatkan pasangan yang ingin berkahwin supaya mempersiapkan diri terlebih dahulu supaya insiden pergaduhan seperti berlaku di sebuah masjid di ibu negara minggu lalu tidak berulang.
Pengarahnya Datuk Haris Kasim berkata pernikahan yang ingin dilangsungkan haruslah mengikut rundingan ditetapkan supaya majlisnya berlangsung aman dan harmoni.
“Kena settle down dulu, perundingan sudah tetapkan. Nak buat rumah tangga, nak bina masjid ni perkara yang elok kenapa nak tidak dielokkan?
“Maknanya biar buatlah dalam suasana berhemah, harmoni barulah aman damai. Kalau masing-masing bergaduh bila nak selesai?” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sebelum ini media melaporkan pengantin lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditumbuk anggota keluarga wanita terbabit.
Dia dikatakan mahu beredar kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.
Keadaan di perkarangan Masjid Jamek Al Khadijiah Pantai Dalam di ibu negara bertukar kecoh dengan aksi memaki hamun dan pergelutan kedua-dua anggota keluarga berkenaan, yang kemudian menjadi viral di Internet.
Haris enggan mengulas lanjut sama ada masalah hantaran menjadi punca pergaduhan itu.
Bagaimanapun, katanya, hantaran bukan perkara wajib seperti mas kawin atau mahar.
“Terpulang pada pasangan masing-masing, terpulang pada individu. Kalau dia rasa perlu, dia beri hantaran, kalau tak perlu dia tak bagi.
“Kalau bagi al-Quran (sebagai mahar) dah boleh kahwin, (ia bergantung) atas persepsi masing-masing. Kalau mas kahwin memang dah ditetapkan ikut negeri masing-masing,” katanya.
Haris turut berseloroh dengan pengalaman sendiri berkahwin hanya dengan hantaran RM5,000 sahaja.
“Saya dulu kahwin bagi RM5,000 dan anak-anak saya semua bahagia,” katanya sambil ketawa.
Majlis kahwin perdana
Sementara itu, Haris berkata, untuk berjimat, JAIS ada menganjurkan “Majlis Perkahwinan Perdana” setiap cuti sekolah yang menghendaki pasanganhanya membayar serendah RM1,000 hingga RM2,000.
“Majlis (kenduri) kita buat ramai-ramai, ada 20 pasang, ada 30 pasang (pengantin), kita kenduri serentak, senang saja, maknanya majlis yang berlangsung jadi murahlah,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Malaysiakini mendapati rata-rata calon suami sekarang dikenakan hantaran bernilai tidak kurang daripada RM10,000 untuk diberikan kepada pihak isteri.-Kredit MalaysiaKini






